CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, June 19, 2011

Break Off #14


Assalammualaikum gadis dan jejaka malang sekalian,


Lu orang pernah kena dump? Or lu orang yang dumpkan orang? Haha. Actually sakit tau kalau kita kena dump. Kalau kita yang dump orang memang tak rasa apa lah. So gua nak lu orang prepare before kena dump and bagi cara dump orang dengan baik. Boleh gua nak share idea mengarut aku dgn korang? Kalau takmau, blah lah. Tunggu apa lagi. Jangan nak menempek baca bagi habis then nak kutuk kutuk puji puji belakang pulak. Malu lah i. Hihi *gelak gedik*

Okay, first of all lu orang kena tengok perangai dia. Kalau dia dah ada ciri ciri yang dia dah mula bosan dengan lu orang. Gua rasa lu orang memang kena prepare sebab tak lama lagi mesti lu orang kena dump or digantung tak bertali. Kalau dulu time lu orang keluar date bukan main sweet lagi. Sekarang? Sweat ada lah. Tak sabar sabar dia nak balik. Dulu setiap hari dia nak jumpa lu orang. Rindu katanya. Sekarang? Ada ja alasan dia. Busy memanjang kalah pm. Yang sakit hatinya, bila lu orang msg or tanya dia punya panjang lebar dia balas pendek ja. Sumpah rasa mcm nak siat siat ja diri kita sebab bodoh pergi tanya dia macam macam. Rasa kita ni macam orang bodoh ja. Yang memang terpampang yang dia bosan dengan lu orang bila dia jarang contact or tak contact langsung. Yaaaa. Sah sah dia bosan dengan lu orang. Its up to yo all lah nak baikkan hubungan lu orang or nak putuskan ja. Jangan biar ia digantung tak bertali okay. Memang suck.



Nanti adalah yang meraung raung. Kenapa dia bosan dengan gua! Gua dah cuba bagi dia tak bosan dengan gua. Sambil air hidung meleleh leleh. Phftt! Dia bosan dengan lu orang sebab lu orang lah. Haha. Lu orang mesti nafi kan. Haha. Kadang kadang lu orang tak perasan yang lu orang dah buat dia bosan dengan lu orang. Contohnya, lu orang contact dia 24/7 kononya lu orang nak dia tau yang lu orang in love gila dengan dia. Haihh. Kalau gua, gua pun rimas. Yang tu satu hal. Dah la selalu contact dia. Dia nak buat something pun kena inform dekat lu orang. Pastu lu orang tak kasi. Perkatan yang keluar dari mulut gua kalau gua di posisi dia lah 'WTF!' Gua ada lah survey dekat kawan kawan aku. Lelaki. Dia cakap kalau nak long relationship ni, lebih baik jangan selalu dating or contact. Kalau selalu sangat nanti cepat bosan. Lelaki kan weird creature. Diaorang time nak tidur baru ingat awek. Kalau yang dah kawin tu time nak tido baru best kan. Ehem ehem. Petang petang tu biasa lah melepak dgn kawan kawan. Takkan setiap masa nak ingat awek. Bosan lah. Look. So awek awek sekalian jangan lah selalu sangat nak berkepit dengan diorang. Gua tau perempuan ni spesis kalau boleh nak setiap masa dgn pakwe lu orang. Okay. stop. Kalau gua nak sembang pasal semua ni. Sampai esok tak habis. Sambung pula dengan cara dump yang berkesan.

First! Lu orang kena bagitau dia reason yang munasabah. Jangan nak hantar msg ja cakap 'Between us, its over' Then tak contact dia dah. Kejam! Gua bunuh lu. Cara yang agak nice ialah korang salahkan diri sendiri. Alaaa, pretend nak ambil hati dia. Yang tu pun nak kena ajar ka. Poodahh! Mengayat lah sikit. Cakap lah yang lu orang ni tak layak untuk dia sebab dia perfect sangat untuk lu orang. Simple. Sia pun tak lah rasa terhina sangat. Biarkan dia cakap kalau dia nak tanya apa salah dia or whatever. Biarkan dia cakap. Lu orang pandai pandai lah mengayat ya. Gua tak masuk port. Hehe. Kalau boleh biar lah lepas break lu orang still jadi kawan kan. Ini akan meredakan perasaan dia yang gundah gulana tadi disebabkan keputusan yang lu orang yang nak break-off dengan dia tadi.


Actually banyak lagi benda gua nak membebel. Tapi gua dah malas kena membebel dengan mak gua ni. Hahaha. Chioo!


Produced By,
ummiathirahmohdyusoff   

Friday, June 17, 2011

Bahagia Di Dunia Dan Akhirat #13


Assalammualaikum and hello guys :)


Bercinta dengan monyet memang best. Eh eh. cinta monyet lah. Best kejap ja. lepas tu. Habis. Adik adik sekalian jangan tiru aksi ini ya. Anda pasti akan kecewa kelak :)



*Diatas hanya sedikit ulasan tentang cinta monyet. Gua pun pernah ja jadi bodoh macam tu. Biasa lah tak matang lagi. Sekarang dah matang sikit. Ehem ehem.


Actually harini aku nak sembang pasal. Yaaa. Tajuk kat atas. Gua harini sehari mengadap 'mukabuku' biasalah cuti kan. Mama abah pulak malam ni ada dinner kat mana taktau. Okay. Gua sambung lah sampai malam. Okay okay. Gua pun, ye lah. Taktau nak buat apa. Bosan nak mati. 
Gua pun usha awek awek cun kan. Pastu adalah yang jadi lah cover model and so on. Kawan gua pun. perh. Gua yang tak cun ni terasa rendah diri lah pula *menangis* Its okay lah nak jadi cover model pun. Tak kisah sendirian berhad ka apa ka. Yang aku geli tu. Pakai dah la seksi tahap. Possing bagai nak rak, badan meliuk bagai. Dengan lidah terjelir jelir. Okay fine! lidah lu comel. gua pun perempuan babe, malu sial. Mak bapak lu orang tak ajar apa itu aurat? Okay, aku dulu kecik kecik pun pernah bogel ye dak. Sini aku nak ajar sikit ;


Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.


Okay, gua pun bukannya malaikat kan nak tegur lu orang. Gua just nak pesan yang dunia dah nak kiamat. Berdosa tau kalau tak tegur padahal kita nampak benda tu. Ada lah, kawan kawan gua cakap. 'lebih baik tak payah susah susah pakai tudung kalau baju pun ketat' tu ayat orang yang tak bertudung. Okay la, dia pakai tudung jugak dari lu tu. Ish. Dah la tak pakai tudung. Pastu pakai baju bagai nak rak. Yang dia pakai jugak tudung either dia pun bangang pakai sebab baju macam bangang.
Haritu gua tengok oprah winfrey show and kebetulan topic haritu pasal hijab. Depa survey dekat arab tak silap. Depa cari sorang yang bertudung sorang tak, dua dua orang islam. Okay, buat lah temuramah kan. Pastu sapa tah minah yang jadi si tukang tanya tu, anggap ja dia mrs.x okay. Dia bukan islam. And yang bertudung tu mrs.great and yang tak bertudung tu mrs.shit kay.

Setelah ditranslate kan oleh Prof. Ummi Athirah ,
Mrs.x : Kenapa mrs.shit tidak memakai hijab? Bukan kah dalam agama awak menyuruh penganutnya memakai hijab? Adakah ini bermakna awak tidak taat kepada agama anda?
Mrs.shit : Tak. Saya tetap taat kepada tuhan saya tapi pada zaman sekarang ia sudah menjadi trend. Memakai hijab atau tidak tiada kena mengena dengan agama kita.
Mrs.great : Tidak. Memakai hijab dalam islam memang WAJIB.
Mrs.x : Jadi ini bermakna mrs.shit tidak taat dengan agamanya? Di negara saya, kebanyakkan wanita tidak memakai hijab. Bagi mereka itu benda yang meremehkan.
Mrs.great : Ya, mungkin dia sudah tidak taat kerana walaupun terpaksa ataupun dengan rela. Memakai hijab adalah satu perkara yang wajib untuk wanita umat islam.
Mrs.shit : Bukan. Soal saya memakai hijab ataupun tidak ia di antara saya dengan tuhan saya. Saya rasa ia tak mengapa kalau saya tidak memakai hijab. Sudah ramai wanita islam yang tidak memakai hijab.
Mrs.great : Itu kerana mereka sudah lalai dengan arus pemodenan hingga mengetepikan agama. Agama Islam menyuruh kami menutup aurat agar kaum adam tidak tergoda dengan kami. Kerana ia akan mendorong kepada kemaksiatan.

And bla bla bla....
Part si mrs.shit tu cakap. Abah gua mai menempek. Dia kata bodoh perempuan tu. Hahaha. gua pun macam nak bagi penyepak ja dekat minah tu. Suka hati ja buat undang undang sendiri. Suka hati nak pakai tudung ka tak? Bullshit! Gua pun pernah dengar ustaz ni cakap. ada sorang perempuan ni tanya.

Perempuan : Ustaz. saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan memakai tudung kerana saya memang seorang yang tidak mamakai tudung. adakah ia salah?
Ustaz : Ini tidak ada kena mengena dengan hipokrit ataupun tidak. Ini mengenai agama. Rela atau tidak. Kamu sebagai wanita umat islam WAJIB memakai tudung.

Its okay if lu orang baru nak belajar pakai tudung sekarang. Baik terlambat dari tak buat langsung, ye dak. Nanti bila dajjal dah keluar. Pintu taubat semua tertutup. Hmm. Lu orang nak ka kena siksa dengan neraka jahannam?



'Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.'
(Surah An Nur Ayat 31)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.


p/s ; Gua actually dulu freehair jugak. Hmm. Tapi bila dah matang ni aku terpikir pasal semua ni. Dunia nak kiamat dah. Bila aku tengok gambar gambar awek(s) yang freehair aku mesti cakap. 'Biasa lah. Tak matang lagi tu'



Produced By,
ummiathirahmohdyusoff 

Tuesday, June 14, 2011

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit #11





10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar...





Copied From,
click this [link] :)

Saturday, June 11, 2011

Masalah #9


Assalammualaikum aweks comel and horrible boys :)


Semua orang ada masalah kan. Putus cinta lah. Bergaduh dengan family lah. Putus kawan lah. Ha? Putus kawan pun ada? Apa lu orang ingat putus cinta ja ada? Nonsense. Kalau orang yang tak pernah bercinta depa nak putus cinta apanya. Semua masalah semua ada penyelesaian. Gua tension gila semalam. Gua msg kawan kawan gua. tanya pendapat. Gua lebih suka merujuk masalah kat kawan lelaki. Sebab kaum kaum adam ni suka cakap lepas terus terang. Senang. Aaa, bukan gua nak puji. Perempuan bukan apa. Nak jaga hati kawan kononnya sebab tu sampai ada yang kutuk belakang tak berani cakap depan depan. Bestfriends aku kelas lain lain. Aku terlepas sesorang dalam kelas aku tu. aku nak menggila dalam kelas pun dengan boys lah.

p/s ; Kadang kadang kita patut mendiamkan diri :)

Bila lu orang ada masalah apa lu orang buat? Share sikit. Gua kan. Kalau ada masalah gua suka diam. Pastu mula lah ada masalah jiwa. Dalam family gua, gua lah yang pendiam sikit. Really? Budak baik. Hahaha. Yang lain semua ikut mama. Kuat membebel. Abah pun dah kuat membebel sekarang. Ish. Tak suka. Actually gua suka cakap tau. Tanya bestfriend(s) gua. Hehe. Gua akan bercakap banyak bila aku takda perasaan malu. Actually gua pun pemalu tau. Uhuk uhuk. Hahaha. Gedik. Sebab tu gua cakap banyak dengan bestfriend(s) gua ja. Ish. Kan dah lari topik. Tu lah excited sangat. Gua tinggal sorang kat rumah sekarang tu yang excited semacam tu. Haha. Tengok. lari topik lagi. Okay. Sambung.

Bila tension boys yang smoked mesti berkotak kotak rokok habis. Gua paham and gua pun tak kisah pasal tu. Gua okay ja. Tapi seboleh nya jangan lah merokok ye cik abang abang sekalian. Hukum merokok disamakan dengan hukum bunuh diri tau. Fakta okay. Tapi kalau dah terlanjur tu, its okay. Kurang kurang kan lah. Girls pulak kalau tension kebanyakkan mesti makan. Spesis aku lah tu. Chocolate selalu menjadi pilihan awek awek di luar sana. Yaa. Chocolate boleh mengurangkan tekanan. Satu lagi fakta.


p/s ; One of my favourite chocolate :)

Gua kalau tension gila. gua akan sibukkan diri. Buat yang tu buat yang ni. Haha. Tetiba gua jadi rajin tu jangan tanya lah kenapa. Kang tak pasal gua sepak lu. Hahaha. Gua jadi rajin kira bagus lah tu. Hehe. Bila kita buat yang tu yang ni. Kita takda masa nak pikir pasal masalah kita tu. So lama lama nanti hilang lah. Ada jugak spesis yang bila tension baling baling barang. Kononya cool. Perfume beratus-ratus lu pun lu baling sampai pecah. Lu bagi aku lah! Actually gua tak berapa faham kenapa spesis ni suka baling baling barang macam orang gila. Kerja tu takda faedah langsung. Nanti dah habis tension lu jugak yang kena kemas. Hey. Macam orang bodoh ja. Okay fine, lu orang ada maid. Lu orang kaya. Lantak lu lah.

Gua terbaca satu artikel ni. Sex mampu meredakan tekanan? Really? Sorry gua tak mahir. Tanya orang lebih arif okay. Gua rasa kan baik tidur lah daripada lu pergi buat benda bodoh. Tidur ja. Tak dapat tidur? lu pasang lah lilin aromatheraphy tu. Bukak lah slow music. Music piano ka. Jangan lah kau tension lu pergi dengar lagu tah papa. Bengong lu. Haha. Selain tidur apa kata lu pergi ajak adik lu main kejar kejar ka main game ka. Kan bagus. Dapat jugak lu eratkan hubungan lu dengan adik lu. Ajak mak lu pun boleh lah.

Your family is the best one :)

Cara yang sepatutnya lu buat ialah lepaskan. Cerita dekat bestfriens(s) lu, mak bapak lu, awek lu, boyfriend lu. Apa guna dorang kan? Actually lu yang takut sangat nak cerita padahal dorang no problem ja takat nak pinjamkan kau telinga dorang untuk kau menjerit jerit, merepek, memaki and so on. Lu still ada ALLAH yang tak pernah lupa kan lu. Tapi lu ja lupa kan DIA. ALLAH ada untuk lu. Lu pergi lah sembahyang sunat, duduk berteleku atas sejadah sambil baca al-quran ka apa ka. Either lu selalu tinggalkan DIA. DIA tak pernah tinggal lu walau seminit pun. Lu sepatutnya selalu berdoa. Tenangkan hati lu tu. ALLAH suka tau orang mintak doa. Gua tahu lah lu tu kadang kadang benda wajib pun lu tinggal. Tapi DIA tak pernah tinggalkan lu lah. Believe me.

Actually banyak lagi cara untuk lepaskan tension ni. Gua tau lu orang kaya. Pergi la melancong ka apa ka. Shopping! Lu orang mesti suka. Haha. Pergi lah buat apa yang patut. Its okay. Hak lu. Takda sapa larang :)




Produced By,
 ummiathirahmohdyusoff

Friday, June 10, 2011

Masalah Bosan : Edisi Perempuan #8


Hello peeps :)

Hahaha, gua baca entry mamat ni dekat terfaktab lah mana lagi gua nak singgah tongkat dagu lama lama. Haha. Okay dia cakap pasal Masalah Bosan : Edisi Lelaki Aku pun actually jenis yang cepat bosan jugak. So aku nak share jugak lah kenapa perempuan pun bosan dengan lelaki. Ni dari pandangan aku and survey survey sekeliling lah :)


1. eleh mamat ni, hari hari kalau msg mesti tnya. 'dah makan blom?' 'buat apa sayang?'

Pelisss. Gua annoyed betul. Selalu lah call, boleh borak. Bila dah borak nanti melalut lah ke tempat lain sikit. lu cerita pasal nightmare lu. gua cerita pasal wetdream sweetdream gua. Haa. Kan dah lari topic tuu. Jangan nak kedekut sangat.

2. Kedekut taik! Asyik gua ja belanja lu?

Okay fine. Lu tak ada duit. Tak payah keluar, senang. At least belanja air pun jadi lah. Harini lu belanja. Nanti gua pula. Tak salah kan. Sweet lagi ;)

3. Asyik perempuan kena start msg. Kalau tak, lu tak msg terus.

Hell-o. Girls pun nak jugak rasa yang lu ingat girls juga. Ni tak. EGO! Lu memang patut ditinggalkan. Bosan tahu tunggu lu tak msg msg. Nak girls jugak yang msg. Ish. Boleh prepare dah kot untuk ditinggalkan :)

4. Childish. sikit sikit merajuk. Merajuk sikit sikit cukup lah.

Gua ingat perempuan ja kuat merajuk. Lelaki kalau yang jenis suka merajuk memang annoying gila. Merajuk memang lah boleh rapatkan hubungan. Lu merajuk gua pujuk. Gua merajuk lu pujuk. Tapi kalau lmbat reply msg pun lu nak merajuk. BOSAN lah. Adik gua nangis pun aku tak pujuk. Haha. Okay gua tipu. Gua pujuk lah. Tapi kalau dah over limit memang aku bagi kaki tangan jugak lah. Lu nak rasa?

5. Apa, awek lu merajuk? Biar kan lah. Nanti okay lah tu. Lepak jom. Awek ramai ni.

Tahik mu! Gua cukup menyampah dengan lelaki jenis ni. Perempuan kalau merajuk tu dia nak kau pujuk lah. Lu orang memang tak pernah faham perempuan. And perempuan pulak kalau boyfriend lu merajuk pun pujuk lah sama. Apa salah. Ini bab merajuk. Tapi kalau kau nak pujuk lelaki yang tengah MARAH lu memang lapar penyepak lah tu xD

6. Sikit sikit kau nak awek kau ada dengan lu =='

Ingat lelaki ja tak suka bila kena kongkong? Perempuan pun. Gua ni lagi la. Memang jenis tak suka kena kongkong. Konkong sikit sikit untuk kebaian takpa. Tapi kalau melebih tu melaampau la. Kalau perempuan

7. Lautan api pun abang sanggup redah untuk ayang..

Meremang bulu roma gua. Geli nak mati. Lu cakap la sejuta kali pun kalau lu tak buktikan mamang tak boleh pakai. Prove it. Be a man lah! Kebanyakkan perempuan kalau dah cakap memang dia maksudkan tau. Sebab tu lah ramai yg tergadai maruah dekat land crocodile buaya darat di luar sana. And for your information, sumpah BOSAN kalau dah selalu sangat jiwang jiwang ni. Takdanya tersentuh dah dengan ayat power lu tuu.

8. Awek cun ; Kita chat ni gf you tak marah?    Lelaki ; Eh, i mana ada gf. bf you kot yang marah nanti :(
Lu ingat lu bagus sangat ka nak cakap macam tu. Kalau aaron aziz cakap macam tu semua awek tak kisah kalau bermadu pun. Ni, lu? Ish. Tahu lah lu tak sayang awek lu. Tapi boleh tak lu jangan buat dia macam tu? Kalau dia baca? Dia sayang lu. So dia simpan ja dalam hati. Tapi lama lama dia pun BOSAN lah. Sia tak rasa apa dah. Time tu kalau kau nak tinggal dia. Dia dah prepare awal awal. Lepas break-off dengan awek lu tu awek cun tu tahu yang lu tipu dia sebelum ni. Memang dua dua tak dapat lah. Haha Serve you right! Hargailah mereka. TERIMA KASIH.


Aku dah taktau nak tulis apa. Banyak sangat kot. Haha. So for kaum kaum adam di luar sana. Berubah lah sebelum terlambat. Jangan awek lu tu naik berang bosan dengan perangai lu. lu orang ingat lelaki ja boleh bengang bengang, marah marah, maki maki? kita orang lagi teruk kot bila dah start. Cuba lah buat kalau nak rasa. Annyeong :)



Produced By,
ummiathirahmohdyusoff   

Friday, June 3, 2011

Ini Blog, Bukan Diari #5

Assalammualaikum :)

Oh oh formalnya. Bukan apa. After baca baca blog blog yang famous. Gua baru sedar yang blog bukan macam buku diari yang boleh kita simpan dalam laci and orang tak boleh baca. Benda ni semua boleh bukak tambah tambah orang yang suka stalk kita. Eeee, takut. So aku dah delete apa yang patut. Ish ish ish. Apa aku dok mencarut. Intro punya panjang. Pfhtt~

Gua pun tak tau nak post apa. Tangan ni ha saja gedik nak tekan keyboard. Gedik sungguh. Orang text aku tak reply pun. Sorry guys. Ish ish. Asyik nak bukak blog mr. k ja ni. Gedik sungguh mamat tu. Asyik mengutuk kaum hawa ja. Macam lah kaum adam perfect sangat. Naahh =='
Harini dia post pasal perempuan pun tengok porn. Ish ish ish.
Depa tu minah minah salleh. Kami ni perempuan melayu yang lemah lembut lagi comel seperti heliza yg comel lagi ayu. Ouchh. Gua pun tergoda tengok dia :)


So, kaum adam sekalian. Jangan lah asyik samakan kami ni yang lemah lembut lagi cantik ini dengan mereka yang. Errr. What should i call them? Okay. Skip that.

Btw, kami kaum hawa ni bukan tak setuju dengan pendapat kaum adam. Cuma kadang kadang tu kaum adam saja melebih lebih. Ohh ohh. Kang tak pasal kami yang lemah lembut ni jadi mcm lady gaga haaa. Eh eh lady gaga. I hate that woman. Ish apa gua mencarut lagi. Enough enough. Gua nak pegi usha awek awek comel kat facebook.



produced by,
ummiathirahmohdyusoff