CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, June 17, 2011

Bahagia Di Dunia Dan Akhirat #13


Assalammualaikum and hello guys :)


Bercinta dengan monyet memang best. Eh eh. cinta monyet lah. Best kejap ja. lepas tu. Habis. Adik adik sekalian jangan tiru aksi ini ya. Anda pasti akan kecewa kelak :)



*Diatas hanya sedikit ulasan tentang cinta monyet. Gua pun pernah ja jadi bodoh macam tu. Biasa lah tak matang lagi. Sekarang dah matang sikit. Ehem ehem.


Actually harini aku nak sembang pasal. Yaaa. Tajuk kat atas. Gua harini sehari mengadap 'mukabuku' biasalah cuti kan. Mama abah pulak malam ni ada dinner kat mana taktau. Okay. Gua sambung lah sampai malam. Okay okay. Gua pun, ye lah. Taktau nak buat apa. Bosan nak mati. 
Gua pun usha awek awek cun kan. Pastu adalah yang jadi lah cover model and so on. Kawan gua pun. perh. Gua yang tak cun ni terasa rendah diri lah pula *menangis* Its okay lah nak jadi cover model pun. Tak kisah sendirian berhad ka apa ka. Yang aku geli tu. Pakai dah la seksi tahap. Possing bagai nak rak, badan meliuk bagai. Dengan lidah terjelir jelir. Okay fine! lidah lu comel. gua pun perempuan babe, malu sial. Mak bapak lu orang tak ajar apa itu aurat? Okay, aku dulu kecik kecik pun pernah bogel ye dak. Sini aku nak ajar sikit ;


Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.


Okay, gua pun bukannya malaikat kan nak tegur lu orang. Gua just nak pesan yang dunia dah nak kiamat. Berdosa tau kalau tak tegur padahal kita nampak benda tu. Ada lah, kawan kawan gua cakap. 'lebih baik tak payah susah susah pakai tudung kalau baju pun ketat' tu ayat orang yang tak bertudung. Okay la, dia pakai tudung jugak dari lu tu. Ish. Dah la tak pakai tudung. Pastu pakai baju bagai nak rak. Yang dia pakai jugak tudung either dia pun bangang pakai sebab baju macam bangang.
Haritu gua tengok oprah winfrey show and kebetulan topic haritu pasal hijab. Depa survey dekat arab tak silap. Depa cari sorang yang bertudung sorang tak, dua dua orang islam. Okay, buat lah temuramah kan. Pastu sapa tah minah yang jadi si tukang tanya tu, anggap ja dia mrs.x okay. Dia bukan islam. And yang bertudung tu mrs.great and yang tak bertudung tu mrs.shit kay.

Setelah ditranslate kan oleh Prof. Ummi Athirah ,
Mrs.x : Kenapa mrs.shit tidak memakai hijab? Bukan kah dalam agama awak menyuruh penganutnya memakai hijab? Adakah ini bermakna awak tidak taat kepada agama anda?
Mrs.shit : Tak. Saya tetap taat kepada tuhan saya tapi pada zaman sekarang ia sudah menjadi trend. Memakai hijab atau tidak tiada kena mengena dengan agama kita.
Mrs.great : Tidak. Memakai hijab dalam islam memang WAJIB.
Mrs.x : Jadi ini bermakna mrs.shit tidak taat dengan agamanya? Di negara saya, kebanyakkan wanita tidak memakai hijab. Bagi mereka itu benda yang meremehkan.
Mrs.great : Ya, mungkin dia sudah tidak taat kerana walaupun terpaksa ataupun dengan rela. Memakai hijab adalah satu perkara yang wajib untuk wanita umat islam.
Mrs.shit : Bukan. Soal saya memakai hijab ataupun tidak ia di antara saya dengan tuhan saya. Saya rasa ia tak mengapa kalau saya tidak memakai hijab. Sudah ramai wanita islam yang tidak memakai hijab.
Mrs.great : Itu kerana mereka sudah lalai dengan arus pemodenan hingga mengetepikan agama. Agama Islam menyuruh kami menutup aurat agar kaum adam tidak tergoda dengan kami. Kerana ia akan mendorong kepada kemaksiatan.

And bla bla bla....
Part si mrs.shit tu cakap. Abah gua mai menempek. Dia kata bodoh perempuan tu. Hahaha. gua pun macam nak bagi penyepak ja dekat minah tu. Suka hati ja buat undang undang sendiri. Suka hati nak pakai tudung ka tak? Bullshit! Gua pun pernah dengar ustaz ni cakap. ada sorang perempuan ni tanya.

Perempuan : Ustaz. saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan memakai tudung kerana saya memang seorang yang tidak mamakai tudung. adakah ia salah?
Ustaz : Ini tidak ada kena mengena dengan hipokrit ataupun tidak. Ini mengenai agama. Rela atau tidak. Kamu sebagai wanita umat islam WAJIB memakai tudung.

Its okay if lu orang baru nak belajar pakai tudung sekarang. Baik terlambat dari tak buat langsung, ye dak. Nanti bila dajjal dah keluar. Pintu taubat semua tertutup. Hmm. Lu orang nak ka kena siksa dengan neraka jahannam?



'Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.'
(Surah An Nur Ayat 31)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.


p/s ; Gua actually dulu freehair jugak. Hmm. Tapi bila dah matang ni aku terpikir pasal semua ni. Dunia nak kiamat dah. Bila aku tengok gambar gambar awek(s) yang freehair aku mesti cakap. 'Biasa lah. Tak matang lagi tu'



Produced By,
ummiathirahmohdyusoff 

No comments:

Post a Comment